awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool

Astro Arena
Astro Arena
05/02/2024
04:00 MYT
EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool
Selepas tamat perlawanan, Van Dijk mengakui kesilapan yang dilakukan menghukum pasukannya. - Stadium Astro
PERTAHANAN Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui melakukan kesilapan besar ketika The Reds tewas 3-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Pendahulu liga itu bertandang ke Stadium Emirates dengan objektif untuk terus melanjutkan kedudukan mereka di puncak namun harapan mereka meleset apabila ketinggalan menerusi jaringan pembukaan Bukayo Saka.
Mereka kembali menyamakan kedudukan pertahanan Arsenal, Gabriel menjaringkan gol sendiri, namun kesilapan antara Van Dijk dan Alisson memberikan tuan rumah peluang untuk kembali mendahului menerusi Gabriel Martinelli sebelum pemain gantian Leandro Trossard melengkapkan kemenangan bergaya Arsenal.
Selepas tamat perlawanan, Van Dijk mengakui kesilapan yang dilakukan menghukum pasukannya.
"Ia merupakan hantaran jauh daripada pemain lawan, hantaran yang agak janggal. Saya seharusnya membenarkan Alisson untuk mengeluarkan daripada zon bahaya" kata Van Dijk menerusi Stadium Astro.
"Dalam masa sama, saya juga memiliki pilihan untuk menanduk bola tersebut, namun membenarkan bola itu melantun namun kesilapan yang dilakukan telah menghukum kami."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Virgil Van Dijk
#EPL
#Liverpool
#Arsenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan