SUKAN
EPL: Watkins tamat kemarau gol, Aston Villa raih kemenangan pertama musim ini
Aksi Watkins meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukan ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Fulham di Villa Park, Birmingham, Britain, 28 Sept 2025. REUTERS
OLLIE Watkins akhirnya menamatkan kemarau jaringan apabila Aston Villa bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Fulham pada Ahad, sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Penyerang England itu sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut, rekod terburuk sepanjang kariernya di Villa namun kali ini sentuhannya membuka ruang kebangkitan pasukan bimbingan Unai Emery.
John McGinn dan pemain gantian Emi Buendia kemudian menambah dua gol pantas sejurus selepas rehat, dengan Buendia meraikan jaringan pertamanya bersama Villa dalam tempoh setahun.
Fulham pula bermula garang melalui tandukan Raul Jimenez pada minit ketiga, tetapi penyerang Mexico itu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan tidak lama selepas itu. Rekod hambar The Cottagers di Villa Park berterusan apabila mereka hanya menang sekali dalam 22 perlawanan liga di venue bersejarah itu.
Villa yang kelihatan longlai pada awal permainan kembali bernafas selepas jaringan penyamaan Watkins. Ezri Konsa turut memainkan peranan penting apabila mengeluarkan bola di atas garisan hasil percubaan Sasa Lukic.
Kemenangan ini hadir tepat pada waktunya selepas Villa melalui lima perlawanan liga tanpa sebarang kemenangan, sekali gus meredakan tekanan terhadap prestasi pasukan. Dengan misi tinggi di pentas Eropah, keputusan positif ini menjadi tonik berharga sebelum mereka berkunjung ke Feyenoord bagi aksi Liga Europa minggu ini, diikuti pertembungan liga menentang Burnley.
Walaupun kemenangan ini tidak hadir dengan aksi meyakinkan, ia cukup untuk memberi kelegaan besar buat Emery. Lebih manis, Watkins akhirnya kembali menemui sentuhan jaringan sesuatu yang amat penting untuk Villa yang banyak bergantung pada ketajamannya di depan gol.