SUKAN
Erick Thohir nafi Indonesia dalang hukuman FIFA ke atas FAM
Erick Thohir menafikan dakwaan yang mengaitkan Indonesia dengan tindakan FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
JAKARTA: Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) merangkap Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir menafikan dakwaan yang mengaitkan Indonesia dengan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Menurut Erick, pertemuan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di New York baru-baru ini hanya membincangkan masa depan bola sepak Indonesia, termasuk cadangan pembentukan Akademi FIFA.
“Presiden berbicara mengenai bola sepak Indonesia, bukan tentang negara lain,” tegas Erick.
Beliau menjelaskan, FIFA ketika ini sedang merancang program pembangunan akar umbi dengan penganjuran Kejuaraan Dunia Bawah 15 Tahun format lapan sebelah.
“Indonesia tidak pernah campur tangan dalam urusan negara lain. Kami mahu bola sepak Indonesia maju, badminton terus cemerlang, pencak silat mendunia. Tetapi kami tidak masuk campur dalam isu negara lain,” katanya.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Tatatertib FIFA mengenakan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Antara pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
FAM didapati telah menyerahkan dokumen yang dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan dengan FIFA bagi membolehkan tujuh pemain terbabit diturunkan ketika aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu. – Agensi