Erik ten Hag bimbang pemain sayap Antony mengalami kecederaan serius ketika Manchester United memenuhi objektif utama kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan membelasah Chelsea.
The Red Devils mengesahkan kepulangan mereka dalam kelompok empat pasukan terbaik dengan berbaki satu perlawanan susulan kemenangan ke atas pasukan bimbingan Frank Lampard 4-1 di Old Trafford awal pagi tadi.
Casemiro, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford menjaringkan gol sebelum Joao Felix menjaringkan gol saguhati dalam perlawanan yang menyaksikan Antony meninggalkan perlawanan dengan pengusung pada separuh masa pertama.
Diminta memberikan maklumat terkini mengenai pemain antarabangsa Brazil itu, Ten Hag berkata, “Saya tidak tahu. Semua orang telah melihat dia keluar.
"Saya boleh memberitahu anda bahawa ia serius tetapi kami perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam dan kemudian kami mungkin mengetahui lebih lanjut mengenai status kecederaannya."
Komen Ten Hag menunjukkan Antony mungkin terlepas aksi final Piala FA menentang Manchester City pada 3 Jun, dengan Luke Shaw juga memerlukan penilaian selepas digantikan kerana mengalami kecederaan belakang.
"Kita perlu menunggu," katanya. “Antony kelihatan serius tetapi kami tidak tahu tahap kecederaannya. Mengenai kecederaan Shaw, kami perlu tunggu juga."
Ketiadaan mereka akan menjadi tamparan hebat buat pasukan United yang sudah pun tanpa Lisandro Martinez, Marcel Sabitzer dan Donny van de Beek untuk perlawanan akhir Piala FA.
Mengatasi City akan menjadi penyeri di atas apa yang Ten Hag anggap sebagai musim yang berjaya.
“Saya sentiasa menaruh harapan tinggi terhadap diri sendiri dan saya fikir kelab ini tergolong dalam Liga Juara-Juara, jadi anda perlu layak dalam empat pasukan terbaik,” katanya.
“Tetapi liga ini sangat sengit, dan terdapat banyak pasukan, banyak kelab, yang bersaing untuk kelayakan itu dan mereka semua boleh melakukannya kerana mereka mempunyai bajet yang tinggi, skuad yang bagus.
“Kami melihat Chelsea, mereka mempunyai skuad yang besar dan bagus dengan pemain yang cemerlang.
“Jadi, kami gembira berada dalam empat kelompok pertama. Saya rasa kami bermain musim yang baik dalam EPL. Saya akan katakan, musim ini adalah musim yang sangat bagus.” - Stadium Astro
Astro Arena
Fri May 26 2023

Antony mungkin terlepas aksi final Piala FA menentang Manchester City pada 3 Jun, dengan Luke Shaw juga memerlukan penilaian selepas digantikan kerana mengalami kecederaan belakang. - Gambar/ Stadium Astro

Cadangan tubuh pusat mediasi selesai pertikaian Islam, bukan Islam
Proses mediasi itu adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform bersesuaian untuk dilaksanakan.

HAWANA 2023: PM terima kad media, simbolik hargai sumbangan media
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia kategori emas, bersempena kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengundi pada pusingan kedua pilihan raya presiden pada Ahad.

RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang di Parlimen selewatnya Mac 2024 - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

Pengembara terpaksa beratur lebih sejam di terminal feri Labuan
Keadaan sesak itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu depan.

HAWANA 2023: Media tradisional harus bekerjasama dengan pengiklan untuk cipta lebih banyak peluang
Media tradisional harus bekerjasama rapat dengan pengiklan untuk mencipta dan menginovasi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kesedaran jenama sebagai salah satu alat pemasaran dalam era digital.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

PBAKL 2023 dapat sambutan meriah golongan muda
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang bermula Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapat sambutan meriah terutama daripada golongan muda.

Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United - Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Chelsea tidak capai tahap yang diperlukan bersaing dengan Manchester United - Frank Lampard
Lampard sekali lagi mengecam pemain Chelsea yang gagal menghadirkan prestasi terbaik susulan kekalahan mereka kepada Manchester United.

Erik ten Hag: Antony mungkin alami kecederaan serius
Erik ten Hag bimbang pemain sayap Antony mengalami kecederaan serius ketika Manchester United memenuhi objektif utama kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dengan membelasah Chelsea.

Casemiro pastikan Manchester United di ambang kelayakan Liga Juara-Juara
Kemenangan di tempat lawan memperkukuhkan cengkaman United untuk mengakhiri saingan di kelompok empat terbaik.

Siapa Sheikh Jassim, bakal pemilik Manchester United?
Berikut adalah apa yang diketahui tentang individu yang berkemungkinan menjadi pemilik baharu Manchester United.

Sheikh Jassim buat tawaran akhir beli Manchester United
Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani telah membuat tawaran akhir yang lebih baik untuk Manchester United.

Manchester United sahkan Marcel Sabitzer rehat panjang
Marcel Sabitzer perlu diketepikan untuk tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris membabitkan Manchester United termasuk final Piala FA bulan depan gara-gara kecederaan lutut.

Manchester United akan bangkit - Ten Hag yakin pasukan akan pastikan kelayakan UCL
Kekalahan terakhir di Brighton bermakna Manchester United hanya mengumpul satu mata daripada kemungkinan 27 mata di atas pasukan itu.

Sheikh Jassim mahu bawa Mbappe ke United
Sheikh Jassim mahu bawa Mbappe ke United

Manchester United tewas atas kesilapan sendiri - Erik ten Hag
Kekalahan di Stadium AMEX menjejaskan aspirasi kelompok empat teratas United, meninggalkan mereka hanya empat mata di atas Liverpool.