awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-sukan dijadikan silibus pelajaran?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/12/2018
11:33 MYT
E-sukan dijadikan silibus pelajaran?
Adakah dengan menjadikan e-sukan sebagai salah satu silibus dalam pembelajaran di sekolah dan di Peringkat Universiti mampu meningkatkan industri e-sukan - Astro AWANI
Bagaimana jika sukan elektronik atau e-sukan dijadikan salah satu subjek dalam pembelajaran di sekolah mahupun di peringkat universiti?
Syahira Ruslan yang merupakan pemain permainan video dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan salah satu cara untuk membangunkan e-sukan di Malaysia ialah dengan dana yang telah diperuntukkan oleh kerajaan digunakan untuk sistem pendidikan.
“Salah satu cara untuk kita bangunkan e-sukan adalah dengan memasukkannya dalam sistem persekolahan atau menjadikkannya salah satu silibus dalam pembelajaran di universiti.
"Dengan bajet yang telah diberikan oleh kerajaan sebanyak RM10 juta mungkin dapat digunakan untuk mereka berlatih malah mampu membentuk tabiat mereka dalam permainan ini yang mana boleh menyelesaikan masalah Gaming Disorder,” katanya.
BACA : E-sukan sebagai subjek sekolah di Malaysia?
Bagi Nur Amirul Afandi pula, pemain e-sukan seharusnya dibantu dengan cara yang betul menerusi dana yang diberi.
Menurutnya, pembinaan stadium e-sukan bukanlah satu jalan yang mudah untuk meningkatkan industri e-sukan.
“Kerana di Malaysia kita sudah mempunyai banyak kafe siber, studio permainan video dan kenapa kita perlu adakan benda yang sama. Cara yang betul untuk membantu pemain ialah menyokong mereka dan bantu industri tersebut,” katanya.
Nur Amirul Afandi dan Syahira Ruslan telah berkongsi hujan mereka dalam 'Debat Awani' berjudul 'E-sukan: Kebaikan dan keburukan, adakah ia perlu diberi kebebasan atau dikawal selia' pada Ahad, yang berlangsung di UiTM Puncak Alam.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata beliau berhasrat mengubah Malaysia menjadi satu hub e-sukan terbesar, bukan sahaja di Asean, malah juga di Asia.
Topic Berkaitan
#Debat AWANI
#e-sukan
#Malaysia
#Menteri Belia dan Sukan
#Permaianan video
#Syed Saddiq
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#UiTM
#Universiti Teknologi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan