Euro 2020: Denmark 'pesta gol' singkirkan Wales

Astro Arena
Jun 26, 2021 22:37 MYT
Cubaan pemain Denmark Martin Braithwaite (tengah) menjaringkan gol ketika perlawanan Euro 2020 pusingan 16 antara Wales dan Denmark di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda, 26 Jun, 2021. (Foto AP)
WALES 0 DENMARK 4
Kasper Dolberg mempamerkan aksi cemerlang di Amsterdam ketika membantu Denmark menang 4-0 ke atas Wales untuk mara ke suku akhir Euro 2020.
Dalam ketiadaan Yussuf Poulsen ekoran kecederaan, bekas penyerang Ajax, Dolberg, menjadi pemain Denmark pertama meledak dua gol dalam peringkat kalah mati Euro sejak Henrik Larsen pada 1992.
Denmark mendahului pada minit ke-27, Dolberg berjaya melepaskan rembatan gagal diselamatkan penjaga gol, Danny Ward, sebelum menggandakan jaringan sejurus separuh masa kedua bermula.
Mathias Jensen, Martin Braithwaite dan Joachim Andersen kesemunya mengggegar gol lawan, sebelum Joakim Maehle memastikan kemenangan buat skuad kendalian Kasper Hjulmand.
Kekecewaan Wales ditambah selepas Harry Wilson diarah keluar padang sebelum jaringan Braithwaite meledak gol keempat Denmark dalam masa kecederaan.
#Euro 2020 #Denmark #Wales #pesta gol