Euro 2020: Dua gol bersejarah Ronaldo bantu Portugal benam Hungary

Astro Arena
Jun 16, 2021 01:37 MYT
Cristiano Ronaldo (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan Euro 2020 kumpulan F antara Hungary dan Portugal di stadium Ferenc Puskas, Budapest, Hungary, 15 Jun, 2021. (Foto AP)
HUNGARY 0 PORTUGAL 3
Cristiano Ronaldo mencipta sejarah dalam Kejohanan Eropah selepas menjaringkan dua gol yang membantu kemenangan 3-0 Portugal ke atas Hungary awal pagi tadi.
Dalam aksi Kumpulan F itu, yang turut menempatkan Perancis dan Jerman, skuad kendalian Fernando Santos berkenaan memulakan kempen Euro kali ini dengan langkah kanan.
Portugal pada awalnya kelihatan sukar untuk melakukannya di depan 60,000 penyokong di Budapest sebelum percubaan terbias Raphael Guerreiro akhirnya memberikan mereka pendahuluan pada enam minit terakhir.
Ronaldo -- yang merupakan pemain pertama beraksi dalam lima edisi Euro -- kembali menjadi tumpuan utama apabila memecahkan rekod jaringan tertinggi kejohanan itu menerusi golnya yang ke-10 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Wili Orban menjatuhkan Rafa Silva.
Malam gemilang bintang Juventus itu berteruskan apabila dia kemudian menyumbat masuk gol kedua peribadinya untuk melebarkan rekod itu kepada 11 gol dalam waktu kecederaan.

Cristiano Ronaldo = all-time EURO top scorer 11 #EURO2020 pic.twitter.com/Df3N84J5Er

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Portugal #Hungary #kejohanan Eropah #Euro 2020 #Kumpulan F #Cristiano Ronaldo #Fernando Santos #pecah rekod #jaringan tertinggi #sepakan penalti