Euro 2020: Eriksen sedar, dihantar ke hospital

Astro Arena
Jun 12, 2021 23:51 MYT
Christian Eriksen terbaring di padang selepas tumbang ketika perlawanan Euro 2020 Kumpulan B antara Denmark dan Finland di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark, 12 Jun, 2021. (Foto AP)
CHRISTIAN Eriksen telah dihantar ke hospital dan 'distabilkan' selepas tumbang dalam perlawanan awal pagi tadi, demikian diumumkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Kesatuan Bolasepak Denmark menambah pemain tengah Inter Milan itu "sedar" dan akan menjalani "pemeriksaan lanjut" selepas tumbang tanpa sentuhan sebarang pemain lain di sekelilingnya dalam perlawanan pembukaan negaranya menentang Finland di Compenhagen.
Rakan-rakan sepasukannya dan pengadil, Anthony Taylor, menggesa pasukan perubatan untuk segera masuk ke padang dan pemain lain membuat tembok perlindungan di sekeliling mereka ketika usaha menyelamatkan pemain itu.
UEFA kemudian mengesahkan perlawanan itu ditunda "atas sebab kecemasan kesihatan".
BACA: Euro 2020: Pemain Denmark Christian Eriksen rebah tiba-tiba, perlawanan ditangguhkan
Laporan lanjut mengesahkan bahawa Eriksen sudah berada di hospital dan kedua-dua pasukan bersetuju untuk menyambung semula permainan selepas hampir dua jam ditangguhkan.
UEFA berkata: "Pemain itu (Eriksen) telah dihantar ke hospital dan telah distabilkan."
Aksi di Copenhagen menyaksikan Finland memperoleh tiga mata pertama hasil jaringan tunggal Joel Pojanpalo.

Following the request made by players of both teams, UEFA has agreed to restart the match between Denmark and Finland tonight at 20:30 CET (TBC). The last four minutes of the first half will be played, there will then be a 5-minute half-time break followed by the second half.

— UEFA (@UEFA) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Christian Eriksen #tumbang #sedar #bola sepak #perlawanan #Euro 2020 #Hospital #stabil