[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Euro 2020: Jaringan tunggal Hazard hantar Portugal, Ronaldo pulang

Astro Arena 27/06/2021 | 23:11 MYT
Pemain Belgium Eden Hazard (kiri) dan Thorgan Hazard meraikan gol pertama pasukan mereka ketika perlawanan Euro 2020 pusingan 16 antara Belgium dan Portugal di stadium La Cartuja, Seville, Sepanyol, 27 Jun, 2021. (Foto AP)
BELGIUM 1 PORTUGAL 0
Belgium menamatkan perjalanan Portugal untuk mempertahankan Kejuaraan Eropah dengan kemenangan 1-0 di Seville, di sebalik kehilangan khidmat Kevin De Bruyne dan Eden Hazard ekoran kecederaan dalam aksi pusingan 16.
Ketika kedua-dua pasukan berdepan laluan berliku dalam mengejar kejayaan dalam Euro 2020, Belgium yang berjaya lolos ke suku akhir bertemu Itali hasil jaringan tunggal Thorgan Hazard.
Ia merupakan satu-satunya peluang terbaik Belgium dan ia membenarkan mereka melangkah ke peringkat seterusnya, namun keadaan De Bruyne dan Eden Hazard selepas digantikan menjadi satu kebimbangan buat mereka menjelang aksi seterusnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Kevin de Bruyne #Belgium #Eden Hazard #Portugal #Euro 2020 #Thorgan Hazard