awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Kane pimpin England ke separuh akhir dengan penuh bergaya

Astro Arena
Astro Arena
03/07/2021
21:25 MYT
Euro 2020: Kane pimpin England ke separuh akhir dengan penuh bergaya
England mendahului dalam tempoh empat minit apabila Raheem Sterling bijak melakukan lorongan buat Kane. -Foto Stadium Astro
HARRY Kane meledak dua gol ketika England menang mudah 4-0 ke atas Ukraine di Stadio Olimpico awal pagi tadi untuk bertemu Denmark dalam separuh akhir di laman sendiri.
England berada dalam rentak cemerlang selepas mengatasi Jerman dalam Pusingan 16 dan, dalam perlawanan pertama di luar Wembley, mereka mendahului dalam tempoh empat minit apabila Raheem Sterling bijak melakukan lorongan buat Kane.
Ia merupakan terawal England dalam Kejuaraan Eropah sejak Michael Owen menjaringkan gol ketika bertemu Portugal pada 2004 dan Three Lions menambah dua lagi gol dalam tempoh lima minit pertama sejak separuh masa kedua bermula menerusi Harry Maguire dan Kane.
Jordan Henderson melengkapkan kemenangan dengan jaringan pertamanya di pentas antarabangsa sekaligus menyaksikan skuad kendalian Gareth Southgate tidak dibolosi dalam lima perlawanan berturut-turut sejak permulaan kejohanan, sesuatu haya Itali berjaya lakukan dalam Piala Dunia dan Euro.
Harry Kane now has 3 goals at EURO 2020 #EURO2020 pic.twitter.com/97LLKMgEX5
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 3, 2021
Topic Berkaitan
#Euro 2020
#Ukraine
#England
#Stadio Olimpico
#Jordan Henderson
#Gareth Southgate
#Kane
#Harry Maguire
#Three Lions
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan