[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Euro 2020: Kejutan Republik Czech ranap impian Oranje

Astro Arena 27/06/2021 | 21:16 MYT
Tomas Holes mengawal bola ketika perlawanan Euro 2020 pusingan 16 antara Belanda dan Republik Czech di stadium Ferenc Puskas, Budapest, Hungary, 27 Jun, 2021. (Foto AP)
BELANDA 0 REPUBLIK CZECH 2
Republik Czech mara ke suku akhir Euro 2020 dengan kemenangan 2-0 mengejutkan Belanda, yang menyaksikan Matthijs de Ligt diarah keluar padang.
Dalam perlawanan sengit di Budapest menyaksikan skuad kendalian Jaroslav Silhavy memperoleh kelebihan selepas De Ligt yang secara sengaja menyentuh bola bagi menghalang Patrik Schick mendapatkan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.
Tomas Holes kemudian menanduk masuk jaringan pembukaan sebelum Schick meledak gol kedua sekali gus membenarkan Republik Czech mara ke suku akhir, di mana mereka akan berdepan Denmark.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Euro 2020 #Belanda #Republik Czech #keluar padang #sentuh bola #Tomas Holes #Matthijs de Ligt #kad merah