SUKAN
Euro 2020: Pemain Denmark Christian Eriksen rebah tiba-tiba, perlawanan ditangguhkan
Penangguhan itu disahkan sendiri oleh laman Twitter rasmi UEFA EURO 2020 selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen secara tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-42. - Reuters
COPENHAGEN: Perlawanan UEFA EURO 2020 di Copenhagen ditangguhkan atas sebab kecemasan perubatan.
Penangguhan itu disahkan sendiri oleh laman Twitter rasmi UEFA EURO 2020 selepas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen secara tiba-tiba rebah di atas padang pada minit ke-42.
Insiden itu berlaku ketika perlawanan Kumpulan B EURO 2020 menentang Finland.
Rakan sepasukan Inter Milan dan bekas pemain Spurs dilihat menangis ketika kakitangan perubatan berusaha menyedarkan Eriksen.
Tambah perkongsian itu, perjumpaan tergempar telah dilakukan dengan kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan.
Sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan pada jam 7.45 waktu tempatan (1.45 pagi).
Bagaimanapun, Eriksen telah dipindahkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.