awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2020: Szczesny 'kantoi' merokok sebelum bertemu Sepanyol

Astro Arena
Astro Arena
21/06/2021
21:40 MYT
Euro 2020: Szczesny 'kantoi' merokok sebelum bertemu Sepanyol
Beberapa jam sebelum perlawanan berlangsung, Szczesny ditemui dengan sebatang rokok di mulutnya ketika meninggalkan hotel pasukan di Sopot. - Astro ARENA
PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny, didapati menghisap rokok hanya beberapa jam sebelum pertembungan Euro 2020 bertemu Sepanyol, menurut The Sun.
Skuad kendalian Paulo Sousa seri 1-1 dengan La Roja Sabtu lalu, selepas ketinggalan menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-25.
Robert Lewandowski menanduk masuk jaringan penyamaan sembilan minit selepas bermula separuh masa kedua, sebelum Gerard Moreno melepaskan peluang untuk menggandakan jaringan buat Sepanyol apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Ia merupakan mata penting bagi Poland, untuk menghidupkan peluang layak ke peringkat kalah mati menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan awal pagi Khamis ini bertemu Sweden.
Dan beberapa jam sebelum perlawanan itu berlangsung, Szczesny ditemui dengan sebatang rokok di mulutnya ketika meninggalkan hotel pasukan di Sopot.
Ketika bintang Poland membuat persiapan ke terbang ke Seville bagi aksi Euro 2020 bertemu skuad kendalian Luis Enrique, penjaga gol Juventus itu kelihatan membawa sekotak rokok di luar bas pasukan.
Dia kemudian mengeluarkan sebatang dan membakar rokok sebelum menuju ke Sepanyol.
Topic Berkaitan
#poland
#sepanyol
#Wojciech Szczesny
#rokok
#Euro 2020
#penjaga gol
#hotel
#bas pasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan