[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SUKAN

Euro 2020: Wales, Switzerland sama handal

Astro Arena 12/06/2021 | 21:42 MYT
Reaksi Kieffer Moore selepas menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan Euro 2020 Kumpulan A antara Wales dan Switzerland di Stadium Olimpik Baku, Baku, Azerbaijan, 12 Jun, 2021. (Foto AP)
WALES 1 SWITZERLAND 1
Tandukan Kieffer Moore membolehkan Wales seri 1-1 dengan Switzerland dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku, malam tadi.
Penyerang Cardiff City itu tersenarai semula dalam kesebelasan utama Wales untuk pertembungan berkenaan bagi membalas kembali kepercayaan pengurus sementara, Rob Page, dengan meraih mata penting.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Switzerland memenangi keenam-enam perlawanan terdahulu dan meniti di laluan tepat untuk meneruskan rentak kemenangan mereka sebaik Breel Embolo menyudahkan sepakan sudut Xherdan Shaqiri dalam awal babak kedua.
Namun, pasukan kendalian Vladimir Petkovic itu gagal menggandakan kelebihan mereka apabila jaringan pemain gantian, Mario Gavranovic, dikecewakan oleh ofsaid.
Keputusan seri itu meletakkan Itali di tangga teratas Kumpulan A susulan kemenangan 3-0 ke atas Turki di Rom, awal pagi Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Wales #Switzerland #Eero 2020 #Kumpulan A #Kieffer Moore #perlawanan