[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final

Astro Arena 10/07/2024 | 23:10 MYT
Aksi Ollie Watkins meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan separuh akhir EURO 2024 antara Belanda dan England di Dortmund, Jerman, 10 Julai 2024. (Foto AP)
ENGLAND 2-1 BELANDA
Skuad The Three Lions berjaya melangkah pusingan akhir EURO 2024 selepas menwaskan Belanda 2-1 di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi tadi.
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons seawal minit ke-7 dan Harry Kane melalui sepakan penalti pada minit ke-18.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pasukan mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan dalam separuh masa kedua tetapi penyudah yang tumpul yang di hadapan gawang menyukarkan jaringan terhasil.
Bukayo Saka berpeluang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 hasil hantaran cantik Kyle Walker begitupun selepas pengadil melihat VAR ternyata Walker berada dalam kedudukan ofsaid.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan minit akhir pemain gantian Ollie Watkins hasil gerakan Cole Palmer memastikan skuad The Three Lions melangkah ke pusingan akhir EURO 2024.
Anak buah Gareth Southgate akan berdepan cabaran Sepanyol dalam saingan peringkat akhir EURO 2024, Ahad nanti. - Stadium Astro
#Euro 2024 #England ke final #Belanda #England