awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2024: Ronaldo sedia berikan segalanya buat Portugal, kata Martinez

Astro Arena
Astro Arena
16/06/2024
22:45 MYT
Euro 2024: Ronaldo sedia berikan segalanya buat Portugal, kata Martinez
Cristiano Ronaldo sudah bersedia untuk memberikan segala-galanya dalam kejohanan utama terakhirnya pada ketika Portugal akan menghadapi Czechia bagi aksi pertama Euro 2024 awal pagi Rabu ini. - Gambar fail AP
CRISTIANO Ronaldo sudah bersedia untuk memberikan segala-galanya dalam kejohanan utama terakhirnya pada ketika Portugal akan menghadapi Czechia bagi aksi pertama Euro 2024 awal pagi Rabu ini.
Keyakinan itu dilaungkan ketua jurulatih pasukan berkenaan, Roberto Martinez.
Ronaldo, 39, terus membuktikan umurnya hanya sekadar nombor apabila menjaringkan 35 gol daripada 31 penampilan buat Al-Nassr dalam Liga Pro Saudi musim 2023-24.
Selain itu, dia juga merupakan kunci utama kejayaan Selecao menjuarai Euro 2016.
Portugal melalui pusingan kelayakan dengan cukup cemerlang, di mana mereka satu-satunya pasukan memenangi kesemua perlawanan dalam kumpulan mereka dan tiba di Jerman sebagai antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi berkenaan pada 14 Julai ini.
Pengaruh Ronaldo kekal kuat dalam pasukan itu di sebalik keputusannya untuk meninggalkan Eropah dan Martinez percaya kehadiran pemain veteran itu akan memberikan banyak kelebihan di atas dan di luar padang.
"Kami memiliki 23 pemain. Kami mencipta persaingan dan permainan untuk menentukan keputusan.
"Tetapi Cristiano sudah bersedia untuk membantu pasukan ini dan memberikan segalanya yang dia ada.
"Dan tiada pemain lain di dunia ini yang mampu membawa apa yang boleh dilakukan Ronaldo di bilik persalinan," katanya. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Portugal
#Roberto Martinez
#Euro 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan