[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
SPORTS

Euro 2024: Switzerland tewaskan Hungary 3-1

Bernama 15/06/2024 | 16:12 MYT
Switzerland meraih kemenangan 3-1 ke atas Hungary pada Sabtu yang mungkin menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024. - Foto REUTERS
COLOGNE (Jerman): Switzerland meraih kemenangan 3-1 ke atas Hungary pada Sabtu yang mungkin menjadi penentu untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Michel Aebischer membuka jaringan dengan hantaran kepada Kwadwo Duah pada minit ke-12 dan kemudian menjaringkan gol pada akhir separuh masa pertama. Ia merupakan gol antarabangsa pertama bagi kedua-dua pemain tersebut.

Hungary membalas menerusi Barnabas Varga pada minit ke-66 dalam separuh masa kedua, namun pemain gantian Breel Embolo memastikan kemenangan Switzerland dengan jaringan pada masa kecederaan.

Switzerland sebelum ini mengejutkan juara dunia Perancis untuk mara ke suku akhir dalam kejohanan Euro terakhir pada 2021 dan kejayaan pada Sabtu meletakkan mereka setara dengan tuan rumah Jerman, yang membelasah Scotland 5-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan A pada Jumaat.

Switzerland seterusnya akan bertemu Scotland pada Rabu manakala Jerman akan menentang Hungary.

-- BERNAMA



#Euro 2024 #Switzerland #Hungary #bola sepak