awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2019
02:13 MYT
Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali
Andre Gomes diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan semasa bermain dalam perlawanan EPL antara Everton dan Tottenham Hotspur di Goodison Park, Liverpool, Britain, 3 Nov, 2019. REUTERS
EVERTON mengesahkan Andre Gomes mengalami keretakan pada buku lali kanannya yang terkehel ketika terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur di Goodison Park awal pagi tadi dan akan menjalani pembedahan secepat mungkin.
Gomes diusung keluar padang selepas dikasari Son Heung-min sebelum berlanggar dengan Serge Aurier.
Penyerang Spurs, Heung-min, yang diarahkan keluar padang oleh pengadil, Martin Atkinson, kelihatan bingung dan terkilan sebelum dipujuk ke terowong pemain manakala pemain kedua-dua pasukan itu turut terkesan dengan insiden berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Everton berkata: "Everton boleh mengesahkan bahawa Andre Gomes akan menjalani pembedahan Isnin ini (awal pagi esok) selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.
"Pemain kebangsaan Portugal itu telah diusung keluar padang dalam babak kedua dan terus dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Aintree dan ditemani beberapa ahli pasukan perubatan Everton.
"Selepas menjalani pemeriksaan, adalah disahkan bahawa dia mengalami keretakan di buku lali kanan yang terkehel."
Topic Berkaitan
#Andre Gomes
#buku lali
#cedera
#diusung
#Everton
#Heung-min
#keluar padang
#keretakan
#Pembedahan
#perlanggaran
#Serge Aurier
#terkehel
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan