SUKAN

Exco FAM sedia letak jawatan elak penggantungan FIFA - Mohd Yusoff

Bernama 08/01/2026 | 11:01 MYT
Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan bersama exco hari ini.
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia meletakkan jawatan sekiranya itu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan badan induk itu daripada digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


Ringkasan AI
  • Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia meletakkan jawatan jika itu dapat mengelakkan gantung FAM oleh FIFA.
  • Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, menyatakan bahawa perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat exco hari ini.
  • Exco FAM sedang mencari alternatif lain untuk mengelakkan gantung FAM tanpa mendedahkan cadangan yang telah dibincangkan.


Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan bersama exco hari ini.

"Hari ini kita memanggil semua exco untuk membincangkan hala tuju FAM, dan ia tentu sekali berkaitan kenyataan Setiausaha Agung AFC (konfederasi Bolasepak Asia), Datuk Windsor mengenai penggantungan FAM.

"Kalau pilihan itu (meletak jawatan) adalah keputusan terbaik, kita akan buat secara sebulat suara kerana kita bersatu hati sebagai exco," katanya ketika ditemui selepas perjumpaan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff memaklumkan barisan exco turut membincangkan alternatif lain bagi mengelak FAM daripada digantung, namun beliau enggan mendedahkan cadangan berkenaan.

"Kita mengambil kira pandangan exco hari ini, tetapi keputusan muktamad belum ada. Ada dua atau tiga pilihan," katanya.

-- BERNAMA

#skandal pemain warisan #FAM #FIFA #exco FAM letak jawatan