SUKAN
F1: Bekas rakan sepasukan Alonso ditahan atas pemilikan kereta mewah secara haram

Tarso Marques (kanan), bekas rakan sepasukan Fernando Alonso, ditahan polis Brazil kerana memandu Lamborghini Gallardo tanpa nombor pendaftaran. - Stadium Astro
BEKAS rakan sepasukan pemandu Formula 1, Fernando Alonso iaitu Tarso Marques ditahan oleh pihak berkuasa Brazil atas tuduhan memiliki kereta mewah secara haram pada Isnin.
Ringkasan AI
- Tarso Marques, bekas rakan sepasukan Fernando Alonso, ditahan polis Brazil kerana memandu Lamborghini Gallardo tanpa nombor pendaftaran.
- Pemeriksaan mendapati beliau mempunyai tunggakan hutang berkaitan pemilikan kenderaan berjumlah kira-kira RM1.01 juta kepada kerajaan.
- Marques pernah berlumba bersama Alonso dalam pasukan Minardi pada 2001 dan menamatkan musim dengan pungutan mata lebih baik daripada Alonso.
Beliau kemudianya ditahan oleh Polis Sao Paolo untuk siasatan lanjut dan juga pendakwaan.
Marques sebelum ini pernah menyertai pasukan Minardi bersama Alonso pada 2001 yang juga merupakan rakan sepasukan pertama Alonso.
Pada musim tersebut, Marques berjaya menamatkan saingan kejuaraan di hadapan Alonso dari segi pungutan mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 di GP Brazil dan Kanada. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami