Fernando Alonso dari Ferrari memenangi Grand Prix Formula 1 China mengatasi Kimmi Raikkonen dari Lotus dan Lewis Hamilton dari Mercedes. Dengan keputusan ini, ketiga-tiga perlumbaan pertama musim baru F1 GP telah dimenangi tiga pemandu berbeza.

Tumpuan perlumbaan berkisar sekitar pencapaian Sebastian Vettel yang hampir hampir memotong Hamilton pada pusingan akhir.

Vettel ketinggalan 11 saat di belakang Hamilton apabila memulakan pusingan ke 53 bermula. Jaguh dunia itu hanya dijarakkan sebanyak 2 saat dari pencabarnya dari UK pada pusingan terakhir. Namun demikian, Hamilton yang bermula dari petak pertama berjaya mempertahankan kedudukannya untuk merangkul tempat ke tiga.

Hamilton juga berpeluang untuk memotong Raikkonen apabila mendapati jentera mereka berdua berada hanya setengah saat antara satu sama lain tetapi kurang daya pecut untuk melakukannya.
Raikkonen yang mempunyai ramai peminat di kalangan peminat F1 China mengekalkan pemanduan konsisten setelah menghabiskan perlumbaan penuh untuk kali ke 20 walaupun permulaannya kurang baik.

Empat pemandu terpaksa menarik diri termasuk Mark Weber dan Nico Rosberg dari Mercedes

Temuramah Podium:

Alonso: “Selepas keciciran di GP Malaysia, kedua di Australia, prestasi kami menampakkan kemajuan. Pasukan menyuruh saya perlahankan pemanduan jadi jentera masih berkemampuan tinggi.”

Raikkonen: “Kerosakkan badan setelah pergeselan dengan Perez membantut sedikit prestasi. Mungkin kemenangan dapat diraih tanpa sebarang kecacatan.”

Hamilton:”Perlumbaan yang baik tetapi tahap kelajuan agak menurun di sektor penghabisan. Kelajuan kami tidak dapat mengatasi pasukan kedua teratas.”

Kesemua pasukan menuju ke Bahrain untuk perlumbaan seterusnya.