[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

F1: Max Verstappen menang GP Monaco

Astro Awani 28/05/2023 | 23:40 MYT
Max Verstappen menang di Grand Prix Monaco untuk membolehkannya mendahului dengan 39 mata. - Foto REUTERS
MONACO: Juara dunia dua kali Formula One dan pemandu Red Bull, Max Verstappen menang di Grand Prix Monaco untuk membolehkannya mendahului dengan 39 mata.
Ia juga membolehkan pasukannya raih kemenangan keenam musim ini.
GP Monaco berlangsung dalam keadaan cuaca mendung.
Verstappen bagaimanapun mendahului sejak awal perlumbaan.
Namun litar dilanda hujan selepas perlumbaan memasuki pusingan ke-51.
Pemandu Aston Martin, Fernando Alonso pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Sementara Esteban Ocon, Pemandu Renault, di tempat ketiga.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan GP Monaco di tempat keempat.
Kemenangan Verstappen ini adalah yang keempat musim ini.
#F1 #Max Verstappen #GP Monaco #Red Bull