F1: Penghormatan terakhir buat raja litar, Jules Bianchi

APTN
Julai 19, 2015 02:08 MYT
Bianchi yang berasal dari Perancis terbabit dalam pelanggaran ngeri ketika beraksi dalam Grand Prix Jepun di litar Suzuka pada 2014. - Gambar AFP
Penghormatan terus diberikan kepada pemandu Formula One, Jules Bianchi yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Nice, Perancis pada Sabtu.
Pelumba jentera pasukan Marussia yang berusia 25 itu bertarung hidup selama sembilan bulan akibat kecederaan teruk di kepala.
Bianchi yang berasal dari Perancis terbabit dalam pelanggaran ngeri ketika beraksi dalam Grand Prix Jepun di litar Suzuka pada 2014.
Dia menduduki tempat kesembilan pada Grand Prix Monaco tahun lalu, sekaligus memberi mata pertama kepada pasukan Manor Marussia dalam perlumbaan Formula One.
#Formula One #Grand Prix Monaco #Jules Bianchi #Perancis #Pusat Perubatan Nice