SUKAN
F1: Perlumbaan batal, Verstappen diisytihar pemenang

Max Verstappen menjulang trofi kemenangannya di podium selepas Grand Prix Formula 1 di litar lumba Spa-Francorchamps di Spa, Belgium, 29 Ogos 2021. (Foto AP)
PEMANDU Red Bull Max Verstappen diisytihar pemenang Grand Prix Belgium.
Perlumbaan pada Ahad itu bagaimanapun hanya berlangsung untuk dua pusingan, akibat hujan lebat.
Cuaca buruk menghalang perlumbaan di litar Spa-Francorchamps diteruskan.
Permulaan perlumbaan pula tertunda selama 30 minit.Terdahulu, dua cubaan dibuat untuk memulakan perlumbaan dengan jarak tiga jam setiap satu.
Bagaimanapun, selepas penilaian risiko, perlumbaan dibatalkan atas faktor keselamatan.
Verstappen diisytiharkan pemenang, berdasarkan kedudukan petak.
Dia juga memperoleh mata mencukupi selepas dua pusingan.
Kemenangan di litar Belgium membolehkan Verstappen mendahului pemandu Mercedes Lewis Hamilton dengan tiga mata dalam saingan pemandu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami