F1: Raikkonen tinggalkan Ferrari, Leclerc jadi pengganti

AFP
September 11, 2018 11:46 MYT
Raikkonen, 38 tahun, telah melalui 287 Grand Prix dan memenangi 20 sejak permulaannya pada 2001 dengan pasukan Sauber. - Twitter/@SkySportsF1
Pemandu muda dari Monaco, Charles Leclerc bakal menggantikan Kimi Raikkonen dari pasukan Ferrari musim depan apabila pemandu veteran Formula One dari Finland itu kembali bersama pasukan Sauber.
Perkembangan itu diumumkan kedua-dua pasukan pada Selasa.
Leclerc, seorang graduan dari Ferrari Driver Academy berusia 20 tahun, merupakan juara Formula 2 2017 dan membuat kemunculan pertama di saingan F1 dengan pasukan Sauber musim ini.
"Scuderia Ferrari mengumumkan, pada akhir musim 2018, Kimi Raikkonen akan meninggalkan Ferrari. Mulai musim depan, Charles Leclerc akan memandu untuk Ferrari bersama Sebastian Vettel," menurut pengumuman itu.
"Impian memang jadi kenyataan," kata Leclerc di laman Twitternya. "Saya akan memandu untuk @scuderiaferrari bagi Kejohanan Dunia Formula 1 2019."

Dreams do come true... I'll be driving for @scuderiaferrari for the 2019 Formula 1 World Championship. I will be eternally grateful to @scuderiaferrari for the opportunity given. To @nicolastodt for supporting me since 2011. To my family. 1/3 pic.twitter.com/O4GQVO570b

— Charles Leclerc (@Charles_Leclerc) September 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lecrerc mempamerkan potensi apabila beliau mendapat tempat keenam di Grand Prix Azerbaijan sebelum ini.
Dia dilatih oleh Ferrari Scuderia selama beberapa tahun dan diuruskan oleh Nicolas Todt, anak bekas ketua pasukan Ferrari dan kini Presiden Federation Internationale de l'Automobile (FIA), Jean Todt.
Raikkonen, 38 tahun, telah bersaing di 287 Grand Prix dan memenangi 20 darinya sejak permulaannya pada 2001 dengan pasukan Sauber.
Dia berjaya mendapat penamat podium yang ke-100 selepas memenangi tempat kedua di Grand Prix Itali di Monza awal bulan ini.
"Selama ini, sumbangan Kimi kepada pasukan sebagai pemandu dan rakan tidak ternilai. Beliau memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pasukan dan, pada masa sama, sentiasa menjadi pemain pasukan yang hebat," kata Ferrari.
#Charles Leclerc #F1 #Ferrari #Kimi Raikkonen