F1: Rekod cemerlang Verstappen kini dalam bahaya

Astro Arena
September 16, 2023 00:15 MYT
Max Verstappen menikmati minuman ketika berehat pada sesi latihan pertama perlumbaan F1 Grand Prix Singapura di Marina Bay Street Circuit, Singapore, 15 Sept 2023. (Foto AP)
REKOD kemenangan Max Verstappen dalam saingan Formula Satu kini di bawah ancaman selepas pemandu Red Bull itu hanya menghuni tempat kelapan dalam sesi latihan untuk Grand Prix Singapura.
Verstappen meraih kemenangan di Itali dua minggu lalu untuk menjadi pemandu pertama dalam sejarah 73 tahun sukan itu memenangi 10 perlumbaan berturut-turut ketika dia menghampiri hatrik kejohanan dunia.
Tetapi di bawah beribu-ribu mentol yang menerangi Litar Jalanan Marina Bay, Verstappen menamatkan sesi ujian lebih tujuh persepuluh di belakang pemandu Ferrari, Carlos Sainz, pelumba kelahiran Sepanyol yang menduduki petak pertama di Monza.
Charles Leclerc menduduki tempat kedua untuk Ferrari ketika pasukan Itali menamatkan latihan sebagai dua jentera terpantas, dengan George Russell ketiga untuk Mercedes, ketinggalan 0.235 saat.
Fernando Alonso dari Aston Martin berada di tempat keempat, dengan Lewis Hamilton di tempat kelima buat Mercedes, satu tempat di hadapan Lando Norris dari McLaren.
Red Bull masih belum tewas musim ini, tetapi mereka tidak mempunyai jentera dalam kelompok enam teratas semalam, dengan Sergio Perez, yang memenangi perlumbaan di sini tahun lalu, di tempat ketujuh.
Verstappen, yang memenangi 12 daripada 14 pusingan setakat ini, tidak tewas dalam sebarang perlumbaan sejak Grand Prix Azerbaijan pada 30 April.

1-2 in FP1, and again in FP2 @ScuderiaFerrari have made a strong start to the weekend #F1 #SingaporeGP pic.twitter.com/iGiC4MYFHS

— Formula 1 (@F1) September 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Grand Prix Singapura #Max Verstappen #Red Bull #Carlos Sainz