SUKAN

F1: Romain Grosjean bernasib baik 'masih hidup' selepas kemalangan ngeri

Agensi 29/11/2020 | 15:58 MYT
Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar. Gambar/ Twitter @F1
PELUMBA Formula 1 pasukan Haas, Romain Grosjean terlibat dalam kemalangan yang disifatkan antara paling dramatik dan bahaya dalam sejarah Formula 1 di pusingan pertama Grand Prix Bahrain pada Ahad.

Nasib memihak kepadanya apabila berjaya keluar daripada jentera yang terbakar sebelum memanjat penghadang litar untuk menjauhkan diri daripada kenderaan berkenaan.

Jentera pelumba itu dilaporkan hilang kawalan ketika sedang bersaing lalu merempuh tembok litar sebelum terputus dua dan terbakar.

Menurut pengurusan pasukan Haas, Grosjean mengalami kecederaan ringan melecur pada bahagian tangan dan pergelangan kaki.

Beliau bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan yang baik selepas mendapatkan rawatan dengan pasukan perubatan di unit kecemasan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Susulan kejadian itu, perlumbaan dihentikan serta-merta dan pihak penganjur segera menutup rakaman kamera siaran langsung.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menyatakan kesyukuran kerana kejadian itu tidak melibatkan kematian.

“Saya sangat bersyukur Romain selamat. Wow ... risiko yang kita (pelumba F1) bukan perkara biasa, bagi anda di luar sana yang tidak tahu tentang risiko yang kami hadapi dalam industri sukan ini.

“Terima kasih kepada FIA atas tindakan pantas yang diambil terhadap Grosjean untuk memastikannya selamat daripada kejadian itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Grand Prix #F1 #kemalangan #Romain Grosjean #sukan #Lewis Hamilton #terbakar #terbelah dua