[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

F1: Schumacher kini pemandu simpanan McLaren

Astro Arena 02/02/2023 | 10:19 MYT
Pemandu berusia 23 tahun itu, yang merupakan anak kepada legenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher. - Stadium Astro
MICK Schumacher dinamakan sebagai pemandu simpanan McLaren bagi musim 2023 selepas mengikat kesepakatan bersama Mercedes.
Pemandu berusia 23 tahun itu, yang merupakan anak kepada legenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher, hilang tempat di Haas selepas tamat musim 2022 dan turut dilepaskan daripada program pemandu muda Ferrari.
Schumacher menandatangani kontrak sebagai pemandu ketiga Mercedes di belakang Lewis Hamilton dan George Russell tetapi kini, dia akan bertindak sebagai pemandu gantian seandainya Lando Norris atau Oscar Piastri tidak dapat berlumba untuk McLaren.
Ia memberikan kesempatan lebih besar untuk Schumacher melakukan penampilan dengan menggantikan keempat-empat pemandu itu seandainya salah seorang daripada tidak dapat berlumba.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanjang dua musim bersama Haas, Schumacher meraih mata dalam dua daripada 43 perlumbaan sebelum digantikan dengan Nico Hulkenberg bagi musim 2023. -- Stadium Astro
#F1 #Mick Schumacher #McLaren Mercedes #Michael Schumacher