[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

F1: Schumacher terlepas perlumbaan susulan nahas di GP Arab Saudi

Astro Awani 26/03/2022 | 23:50 MYT
Mick Schumacher terlibat nahas pada sesi kelayakan Grand Prix F1 pada Sabtu, 26 Mac 2022. -Twitter Formula 1
JEDDAH: Mick Schumacher tidak akan bersaing pada Grand Prix Arab Saudi susulan nahas yang menimpanya dalam pusingan kelayakan Formula Satu (F1).
Pasukan Haas F1 mengetepikan Schumacher daripada perlumbaan pada Ahad dan pasukan Amerika Syarikat itu berkata hanya akan menampilkan sebuah jentera.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Schumacher terlibat nahas pada Sabtu dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum kembali ke hotel penginapannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Schumacher, 23, walau bagaimanapun mengumumkan bahawa dia "tidak apa-apa" di media sosial.
"Kereta itu sangat hebat. Kami akan kembali dengan lebih gah," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Schumacher ialah anak kepada juara F1 tujuh kali Michael Schumacher.
Petugas keselamatan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan Schumacher dari keretanya yang remuk susulan nahas.
#F1 #Grand Prix #Arab Saudi #Mick Schumacher