F1 Sepang tawarkan tiket tanpa had

Astro Awani
Januari 29, 2013 23:37 MYT
Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke saingan Formula One musim ini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mewujudkan tiket tanpa had.
Perkara itu diumumkan , Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Menurut Razlan, tiket itu memberi ruang kepada pengunjung menikmati semua perkhidmatan disediakan pada kadar yang sama.
Tambah Razlan, tiket itu juga menawarkan harga diskaun bagi hotel terpilih kepada pemiliknya.
Lebih menarik, selain menonton perlumbaan, tiket tersebut turut boleh digunakan untuk menyaksikan konsert sempena F1 di litar tersebut.
Untuk tahun ini konsert akan dimeriahkan dengan kehadiran artis rock lagenda dunia, Guns N’ Roses.
#Datuk Razlan Razali #F1 #Ketua Pegawai Eksekutif SIC #Sepang