awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

F1: Verstappen lebar penguasaan dengan kemenangan di Baku

Astro Arena
Astro Arena
13/06/2022
01:45 MYT
F1: Verstappen lebar penguasaan dengan kemenangan di Baku
Red Bull memperolehi kemenangan satu-dua buat kali kedua dalam tiga perlumbaan terakhir. - Astro ARENA
MAX Verstappen melebarkan penguasaannya di kedudukan teratas kategori pemandu perlumbaan Formula 1 (F1) dengan memenangi saingan Grand Prix Azerbaijan malam tadi.
Ia ketika Carles Leclerc dan pasukan Ferrari berdepan igauan ngeri dalam perlumbaan di Litar Baku City berkenaan.
Leclerc memulakan perlumbaan di petak utama buat kali keempat berturut-turut di litar berkenaan tetapi dipintas oleh pemenang GP Monaco, Sergio Perez, seawal selekoh pertama.
Perez, bagaimanapun, bergelut untuk mengekalkan kedudukannya sebelum dipintas rakan sepasukannya di Red Bull, Verstappen, dalam pusingan ke-15.
Leclerc terpaksa terpaksa masuk ke hentian pit di belakang kereta keselamatan maya selepas rakan sepasukannya di Ferrari, Carlos Sainz, mengalami masalah hidraulik dan pada ketika dia kelihatan berada di kedudukan terbaik untuk memberikan saingan kepada Verstappen, dia mengalami masalah kegagalan enjin dalam pusingan ke-20, sekali gus memberikan kemenangan satu-dua buat pasukan seteru, Red Bull, yang menamatkan perlumbaan di depan pemandu Mercedes, George Russell.
Ia juga merupakan kemenangan kelima berturut-turut buat Red Bull dan mereka juga memperoleh penamat satu-dua buat kali kedua dalam tiga perlumbaan terakhir.
Russell pula memanjat podium buat kali ketiga musim ini selepas menamatkan saingan di depan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, manakala Pierre Gasly daripada pasukan Alpha Touri pula melengkapkan kelompok lima teratas.
Topic Berkaitan
#Max Verstappen
#F1
#Grand Prix Azerbaijan
#Red Bull
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan