awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril

Bernama
Bernama
10/05/2024
08:00 MYT
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Menurut Shahril, Faisal tetap ceria walaupun pergerakannya terbatas. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Peminat sukan bola sepak tanah air boleh menarik nafas lega susulan pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif selain sudah menyatakan hasrat mahu pulang.
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata pembedahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu tertumpu pada prosedur 'skin allograft' atau tampalan kulit yang diimport dari Belgium dan Faisal menunjukkan semangat luar biasa untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Shahril berkata pemain berusia 25 tahun itu akan mengharungi pembedahan susulan lain selepas ini namun ketika ini Faisal memerlukan rehat secukupnya untuk memastikan tampalan kulit yang tertumpu pada bahagian lengan dan rusuk 'serasi' dengan dirinya.
"Alhamdullilah (pembedahan ketiga) berjalan lancar. Saya diberitahu Faisal lebih ceria (dan) lebih seronok, saya dengar pagi ini dia dah mula berjalan dalam bilik, pergi bilik air sendiri (dan) pastinya itu satu perkembangan yang sangat positif.
"Saya diberitahu macam kita tanam rumputlah (skin allograft). Kita tanam rumput, kita tak letak satu padang rumput tapi kita buat dalam tampalan. Jadi tampalan ini akan tumbuh perlahan-lahan dalam masa yang sesuai," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Beliau berkata Faisal juga berkemungkinan dipindahkan daripada Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Wad Unit Pergantungan Tinggi dalam lebih kurang seminggu sekiranya mendapat 'lampu hijau' daripada doktor.
Shahril berkata pemain yang mesra disapa 'Mickey' itu tetap ceria walaupun pergerakannya terbatas dan menekankan pihaknya akan sentiasa memberi sokongan psikologi kepada Faisal serta ahli keluarganya.
Sebelum ini dilaporkan Faisal yang mengalami lecur tahap empat memasuki fasa pemulihan baharu iaitu rawatan rekonstruktif melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur badan.
Ahad lepas, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim cedera akibat disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#disimbah asid
#Selangor FC
#Shahril Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan