[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon

Astro Arena 22/07/2024 | 11:35 MYT
Telatah Sumareh (kiri) dan Faisal sering membuat para pemain dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya terhibur terhadap mereka berdua.
BEKAS ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan yang menggamatkan suasana semasa menjawat jawatan tertinggi pasukan negara itu.
Perkara yang membuatkan pengurus kelahiran Korea Selatan itu sukar untuk melupakan ialah melihat telatah di antara Faisal Halim, dan pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh, yang dianggap seperti 'Tom and Jerry' kerana sering membuat para pemain dan barisan kejurulatihan terhibur dengan gelagat mereka berdua.
Malah, pengendali berusia 55 tahun itu mendedahkan sesuatu yang tidak disangka bahawa tunjang utama Pulau Pinang, Syamer Syamer Kutty Abba, turut menjadi penghibur atas sikap peramahnya yang memeriahkan situasi dalaman skuad Harimau Malaya itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

#Kim Pan-gon #Faisal Halim #Mohamadou Sumareh #Tom and Jerry #jurulatih harimau malaya