awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faisal Halim teringin makan nasi kandar

Astro Arena
Astro Arena
14/05/2024
08:00 MYT
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal (gambar) sudah dipindahkan ke wad biasa pada Selasa. - Gambar fail/ Bernama
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Perkembangan menggembirakan itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat berhubung dengan Faisal selepas tonggak Gergasi Merah itu sudah dipindahkan ke wad biasa pada Selasa.
"Alhamdulillah Faisal telah dipindahkan dari ICU ke wad biasa tetapi masih lagi tidak dibenarkan pelawat kerana keadaan masih agak sensitif. Alhamdulillah Faisal stabil. Selepas ini pakar masih lagi monitor.
"Percakapannya semakin clear, itu yang penting. Yang kedua selera makan dah bertambah. Saya difahamkan not only on soft diet, dia juga boleh makan diet biasa. Saya dengar juga ada teringin makan nasi kandar dan sebagainya. Alhamdulillah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.
Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu.
Tonggak sayap kebangsaan itu juga sudah melalui tiga proses pembedahan termasuk prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tersebut.
Topic Berkaitan
#ICU
#Faisal Halim
#Selangor FC
#Shahril Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan