Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan dua program Respect bagi musim 2019-2020, suuslan kerjasama yang dijalin persatuan itu dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA) .
Program pertama adalah kempen 'Together' Khamis ini, menumpukan untuk menangani peningkatan masalah menghina dan kekasaran terhadap pegawai dan penonton dalam liga profesional manakala keduanya kempen 'Play Positive' pada Januari 2020, menumpukan pada peranan jurulatih dan ibu bapa dalam mewujudkan persekitaran positif untuk pemain berusia antara empat dan 12 tahun.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata badan kebangsaan itu berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan EFA dalam mewujudkan kesedaran, terutamanya untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan dalam bola sepak seperti peminat, pegawai perlawanan dan pentadbir kelab di negara ini.
"Dalam usaha untuk membuat perbezaan sebenar terhadap tingkah laku setiap orang yang terlibat dalam permainan, perubahan budaya perlu berlaku di semua peringkat," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM hari ini.
Senada dengan pandangan Hamidin, Pengerusi EFA Greg Clarke yang gembira dapat berkongsi pengalaman mereka di samping memberi panduan bersama-sama dengan FAM berhubung program Respect, yang disesuaikan dengan permainan di negara mereka sendiri.
Beliau berkata berkongsi ilmu antara dua persatuan kebangsaan itu merupakan kunci penting bagi pembangunan bola sepak di negara masing-masing.
"Kempen kami telah mengalami banyak perubahan sejak penubuhannya tetapi tetap berusaha untuk meambah baik pemainan di padang dan tingkah laku dengan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan manfaat Respect selama ini," kata Clarke.
Untuk rekod, EFA melancarkan program Respect pada 2008 selepas terdapat banyak masalah berkaitan tingkah laku dalam permainan peringkat kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019
HAMIDIN: FAM berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan EFA dalam mewujudkan kesedaran. - Bernama
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.