awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM bidas kenyataan Zamsaham

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2023
06:35 MYT
FAM bidas kenyataan Zamsaham
Noor Azman berkata, Zamsaham tidak seharusnya menyalahkan FAM kerana fakta jelas menunjukkan bahawa TRW sudah melewati tempoh masa pendaftaran yang ditetapkan pada 1 Ogos. - Gambar fail/BERNAMA
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membidas kenyataan yang dibuat pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dan menegaskan badan induk itu telah sedaya upaya membantu menguruskan permohonan untuk mendaftarkan pemain import The Red Warriors (TRW).
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tidak seharusnya menyalahkan FAM kerana fakta jelas menunjukkan bahawa TRW sudah melewati tempoh masa pendaftaran yang ditetapkan pada 1 Ogos.
Menurutnya, FAM juga telah membantu membuat rayuan kepada FIFA untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain Kelantan FC selepas kelab itu mendakwa menghadapi masalah 'Transfer Matching System' (TMS).
Namun, beliau berkata, FIFA telah menolak rayuan tersebut dan FAM telah menghantar surat pemakluman kepada Kelantan FC.
"FAM menerima jawapan daripada FIFA yang menerangkan FIFA mengambil maklum masalah yang dihadapi oleh Kelantan FC untuk mendaftarkan pemain di saat akhir. Bagaimanapun, rayuan tersebut adalah ditolak dengan mengambil kira tempoh tersebut hanya boleh diubah sebelum tempoh pendaftaran pemain tersebut bermula.
"Prinsip undang-undang mengenai pendaftaran pemain ini adalah bersifat seragam, universal dan adalah diguna pakai untuk sistem perpindahan antarabangsa dalam bola sepak.
"Surat jawapan tersebut telah dihantar oleh FAM kepada Kelantan FC untuk pemakluman. Surat daripada FIFA tersebut telah memberikan jawapan yang tegas, terang dan jelas bahawa Kelantan FC adalah tidak dibenarkan lagi untuk mendaftarkan pemain-pemain asing pada musim 2023 ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, Zamsaham meluahkan kekecewaan selepas kekalahan memalukan 0-10 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia pada Sabtu.
Beliau berkata, Kelantan FC tidak akan kalah dengan teruk sekiranya empat pemain import baharu mereka dapat didaftarkan pada jendela perpindahan pemain yang lalu dan menyalahkan FAM atas kegagalan pendaftaran itu.
"Sikap double standard (pilih kasih) sesetengah pegawai FAM terhadap TRW Kelantan FC sangat mengecewakan saya," kata Zamsaham.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#FAM
#Kelantan FC
#Norizam Tukiman
#The Red Warriors
#Zamsaham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan