awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di restoran hotel di Kabul ragut tujuh nyawa
Krisis keluarga Beckham: "Saya enggan berdamai dengan keluarga" - Brooklyn Peltz
Trump tegaskan akan laksana ancaman tarif Greenland, EU ikrar lindungi kepentingannya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM hormati keputusan Joehari, lantik Yusoff sebagai Pemangku Presiden

Luqman Hariz
Luqman Hariz
27/08/2025
06:20 MYT
FAM hormati keputusan Joehari, lantik Yusoff sebagai Pemangku Presiden
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub (kiri) sah melepaskan jawatan Presiden Persatuan FAM, manakala Datuk Mohd Yusoff Mahadi (kanan) dilantik Pemangku Presiden. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akur dengan keputusan Datuk Joehari Ayub untuk meletakkan jawatannya selaku presiden persatuan itu.

Ringkasan AI
  • Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden FAM, mengakhiri teka-teki mengenai kedudukan beliau dalam badan induk bola sepak negara.
  • Peletakan jawatan disampaikan melalui surat rasmi, dan diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
  • FAM rakam penghargaan atas sumbangan Joehari, yang telah berkhidmat sejak 2017 sebagai Naib Presiden dan dilantik sebagai Presiden pada Februari 2025.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan hari ini, susulan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu berhubung perkara berkenaan.
“Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak beliau dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Februari 2025,” katanya.
Susulan itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff (Mahadi) dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta.
“Menurut Artikel 42 Perenggan 7 dalam Statut FAM, jika jawatan Presiden kosong, Timbalan Presiden yang paling lama berkhidmat akan menggantikan sehingga Kongres seterusnya iaitu tahun hadapan. Kongres tersebut hendaklah memilih Presiden baharu untuk baki tempoh penggal jawatan,” ujarnya.
Pada Selasa, media melaporkan Joehari telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Jumaat, sebelum mengosongkan pejabatnya di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Beliau sebelum ini menang tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029, yang diadakan pada Februari lalu.
Topic Berkaitan
#Joehari Ayub
#FAM
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#bola sepak
#Liga Malaysia
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan