SUKAN
FAM komited teruskan proses rayuan di CAS
FAM mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, CAS menetapkan bahawa peguam yang mewakili badan induk negara itu mempunyai 10 hari hingga 18 Dis untuk mengemukakan hujan bertulis lengkap.
"FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan," menurutnya dalam kenyataan FAM hari ini.
Beliau berkata, FAM akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Pada 26 Sept lepas, FIFA mengesahkan FAM dan tujuh pemain warisan negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.
Siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen dipercayai dipalsukan untuk mengesahkan kelayakan pemain terbabit sehingga membolehkan mereka beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di sini pada Jun lepas.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000) serta digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
Harapan untuk melihat hukuman itu diringankan tidak kesampaian selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA pada 3 Nov lepas menolak rayuan FAM dan kesemua pemain sekali gus mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib mengenai pelanggaran serius Artikel 22 FDC.
Justeru, FAM tidak mempunyai pilihan selain membawa kes itu ke CAS bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan badan berkaitan.
-- BERNAMA