SUKAN
FAM maklum FIFA, AFC mengenai peletakan jawatan semua Exco
Perkara itu dimaklumkan FAM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai peletakan jawatan kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan induk itu, berkuat kuasa semalam.
Ringkasan AI
Perkara itu dimaklumkan FAM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Menurut hantaran berkenaan, surat daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman telah dihantar kepada Setiausaha Agung FIFA Mattias Grafstrom serta Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John bagi memaklumkan mengenai peletakan jawatan itu.
Semalam, semua barisan Exco FAM bagi penggal 2025-2029 secara kolektif dan sukarela meletakkan jawatan mereka serta-merta.
Bekas pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara dengan mengambil kira tanggungjawab terhadap organisasi, tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau jawatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FAM menghantar makluman kepada FIFA dan AFC berkenaan peletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) badan tersebut, berkuat kuasa sejak semalam.
- Peletakan jawatan tersebut dilakukan secara kolektif dan sukarela oleh semua barisan Exco FAM bagi penggal 2025-2029, tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi.
- Keputusan itu dibuat bersama-sama demi menanggung tanggungjawab terhadap organisasi, menurut bekas pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi.