awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Petronas sedia main peranan penyelesaian bekalan tenaga, kelestarian
MALAYSIA
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
BISNES
Bank Islam lancar IFiRST untuk dorong syarikat laksana amalan lestari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23

Bernama
Bernama
19/06/2025
11:36 MYT
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
Mohd Nafuzi berkata seramai 26 pemain muda dari seluruh negara dipanggil menyertai kem pertama yang akan diadakan pada 23 hingga 26 Jun ini. - Bernama
PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan projek 'Elite Games' sebagai inisiatif mencungkil bakat pemain muda berpotensi bagi memperkukuh skuad Harimau Malaya pada masa depan.
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan Mohd Nafuzi Zain berkata seramai 26 pemain muda dari seluruh negara dipanggil menyertai kem pertama yang akan diadakan pada 23 hingga 26 Jun ini.
Beliau berkata kem itu sebahagian daripada persediaan menjelang pemilihan 30 pemain ke kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Piala ASEAN B-23 2025 di Jakarta dari 15 hingga 29 Julai depan.
"Kita ada ramai pemain muda berbakat dan projek 'Elite Games' ini penting untuk memantau potensi mereka menjelang Piala ASEAN B-23.
"Kem ini akan berlangsung singkat dari 23 hingga 25 Jun dengan beberapa perlawanan dalaman diadakan bagi menilai prestasi pemain. Mereka yang menyerlah berpeluang disenaraikan ke kem latihan pusat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
SUKAN-BOLA SEPAK (ELITE GAMES) 2 (AKHIR) PETALING JAYA
Beliau berkata kem latihan pusat dijadual bermula 1 hingga 12 Julai sebelum skuad negara berlepas ke Jakarta pada 13 Julai.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei. Skuad negara bakal memulakan kempen bertemu Filipina pada 15 Julai, diikuti Brunei (18 Julai), sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang Indonesia (21 Julai).
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 25 Julai, manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan final berlangsung pada 29 Julai.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berkata idea penganjuran 'Elite Games' tercetus hasil perbincangan bersama ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski dan Mohd Nafuzi.
Menurutnya projek berkenaan juga menjadi platform awal bagi persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dari 3 hingga 9 Sept ini serta Sukan SEA 2025 di Thailand, bermula 9 hingga 20 Dis depan.
"Kita juga berharap agar projek ini dapat dijalankan secara konsisten pada setiap bulan, sekali gus memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda Bawah 20 dan Bawah 18 tahun di seluruh negara sebagai pelapis generasi baharu Harimau Malaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#elite games
#cungkil bakat
#pemain muda
#harimau Malaya
#b-23
#Nafuzi Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami