SUKAN
FAM pertahan peranan dalam pembangunan NFDP
Mohd Yusoff menegaskan selaku badan induk, FAM bertanggungjawab menguruskan NFDP dan bersedia memacu pelaksanaannya ke tahap lebih tinggi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil mempertahankan peranannya dalam pembangunan bola sepak akar umbi apabila menolak pandangan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Ringkasan AI
Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan selaku badan induk, FAM bertanggungjawab menguruskan NFDP dan bersedia memacu pelaksanaannya ke tahap lebih tinggi demi melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti.
"Walaupun berdepan kekangan termasuk soal dana, FAM sudah bersedia mengambil alih NFDP jika diminta. Sebagai badan induk, kami mempunyai peranan besar dalam pembangunan akar umbi bola sepak negara.
"Pembangunan bola sepak sememangnya di bawah FAM. Tidak boleh ada dua entiti mengurus perkara sama kerana ia akan menimbulkan ketidakselarasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Khairy dipetik sebagai berkata NFDP wajar kekal di bawah kendalian Majlis Sukan negara (MSN) buat masa ini kerana FAM dan persatuan negeri didakwa masih belum bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih tanggungjawab berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Yusoff berkata FAM terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan demi memperkukuh pembangunan bola sepak negara.
"Segala teguran boleh dijadikan panduan untuk menambah baik NFDP. Yang penting, kita bersama-sama mencari input positif untuk meningkatkan mutu dan kualiti program ini," katanya.
Sebagai rekod, NFDP dilancarkan pada 10 April 2014 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai program pembangunan menyeluruh untuk remaja berusia tujuh hingga 17 tahun di seluruh negara.
Ia merangkumi Akademi Tunas Lelaki dan Wanita, Pusat Latihan Daerah, Sekolah Sukan Negeri serta Akademi Peringkat Zon.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- FAM pertahan peranan dalam pembangunan akar umbi dan sedia ambil alih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) jika diminta, walaupun berdepan kekangan dana.
- Mohd Yusoff Mahadi tegaskan NFDP tidak wajar diurus dua entiti, sambil menolak pandangan Khairy Jamaluddin yang mahu NFDP kekal di bawah MSN.
- FAM terbuka terima kritikan untuk tambah baik NFDP, yang dilancarkan pada 2014 bagi melahirkan bakat muda melalui Akademi Tunas, Pusat Latihan Daerah dan Sekolah Sukan Negeri.