[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

FAM terima pengiktirafan kejurulatihan AFC PRO

Bernama 31/10/2023 | 14:32 MYT
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC di Doha, Qatar, yang diadakan sempena Anugerah Tahunan AFC. - Foto FB FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level, hari ini.
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden AFC Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC di Doha, Qatar, yang diadakan sempena Anugerah Tahunan AFC.
Hamidin berkata pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan berkenaan pastinya akan mencetus semangat kepada petugas Jabatan Teknikal dan kejurulatihan, dan semua anggota pentadbiran FAM dalam membangunkan lagi bola sepak negara.
"Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia," katanya menerusi kenyataan.
Selain FAM, pengiktirafan sama turut diperolehi oleh persatuan bola sepak Bangladesh, China, India, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi.
-- BERNAMA
#FAM #pengiktirafan #kejurulatihan AFC PRO #Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level #bola sepak