SEPANG: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kekal dengan pendirian untuk membida sebagai tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung Jun depan.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun kes jangkitan COVID-19 di negara meningkat secara mendadak, pihaknya percaya gelombang penularan varian Omicron terkawal dan dapat diturunkan seperti dimaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata FAM juga tidak membuat sebarang perubahan terhadap prosedur operasti standard (SOP) dalam permohonan mereka kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjadi tuan rumah aksi kelayakan tersebut sebelum ini.
"Betul (kes) naik tapi kali ini berbeza sebab ramai yang sudah vaksin. Jadi kita cuma ikut SOP KKM serta MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan kami tetap meneruskan pembidaan lagipun sekretariat kami pun sudah hantar permohonan itu.
Kita harap selepas 24 Feb iaitu selepas proses undian berlangsung kita akan dapat jawapannya. AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) yang akan buat keputusan sama ada kita berjaya atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Rasmi Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad di sini, hari ini.
Hamidin pada masa sama berkata beliau dimaklumkan hampir kesemua negara terlibat pada kempen kelayakan itu turut membida untuk menjadi tuan rumah.
Justeru, beliau berharap skuad kebangsaan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baharu Kim Pan Gon bersedia jika terpaksa mengharungi kempen kelayakan di luar negara.
"Setakat ini kita masih menepati kriteria tetapi kita terpaksa bersaing dengan negara lain yang ada antara mereka langsung tidak perlu kuarantin dan ada yang terus masuk ke dalam gelembung sukan," katanya.
Bidaan sebagai tuan rumah itu menjadi antara matlamat utama FAM bagi memastikan pasukan negara mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dalam misi layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Skuad Harimau Malaya kini dalam misi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas kali terakhir beraksi di kejohanan itu ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, selain sudah lebih 40 tahun gagal meraih slot automatik sejak edisi 1980 di Kuwait.
Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata FAM dijangka memutuskan mengenai status program naturalisasi badan induk itu yang ditangguhkan ketika ini, sama ada diteruskan atau dimansuh selepas menerima maklum balas daripada Jawatankuasa Naturalisasi dan Jawatankuasa Teknikal.
Beliau, bagaimanapun berkata setakat ini tiada halangan daripada FAM kepada mana-mana kelab tempatan yang ingin menaturalisasikan pemain masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun kes jangkitan COVID-19 di negara meningkat secara mendadak, pihaknya percaya gelombang penularan varian Omicron terkawal dan dapat diturunkan seperti dimaklumkan KKM. - Foto BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.