awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM tidak berkompromi mengharamkan Ramez Dayoub

Zulhelmi Zainal Azam
Zulhelmi Zainal Azam
27/02/2013
11:20 MYT
FAM tidak berkompromi mengharamkan Ramez Dayoub
Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM tidak akan berkompromi untuk mengharamkan pembabitan Ramez Dayoub dalam kancah Liga Malaysia.
Itu ketegasan yang disuarakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
"Kes ini berlaku di luar negeri iaitu ketika Ramez mewakili kelab sebelum ini dan pasukan kebangsaan. Jadi FAM tidak akan campur tangan melainkan menghormati penggantungan tersebut sekaligus Ramez tidak boleh bermain di Malaysia dan juga negara-negara lain dibawah FIFA." katanya.
Azzuddin yang mengakui terkejut dengan perkembangan itu juga memaklumkan pihaknya telah membuat tindakan susulan berhubung isu berkenaan.
"Perkara pertama yang saya buat hari ini ialah memutuskan sepucut surat kepada Lubnan FA dan kami juga akan membuat tindakan susulan dengan panggilan telefon untuk pengesahan itu." tambah Azzuddin.
Ramez telah digantung seumur hidup dan didenda oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan selepas didapati bersalah dalam skandal mengatur perlawanan.
Ia membabitkan pertandingan AFC serta perlawanan skuad kebangsaan Lubnan.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asia Barat, Fadi Zureikat.
Ramez beraksi di liga profesional Myanmar bersama Magway sebelum menyertai Selangor, musim lalu.
Topic Berkaitan
#Datuk Azzuddin Ahmad
#FAM
#FIFA
#Liga Malaysia
#Ramez Dayoub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan