awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh

Bernama
Bernama
22/09/2020
20:35 MYT
FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
Sumareh sah melengkapkan perpindahan mengejut ke kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada 7 Sept lepas. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah memberi lampu hijau kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk memulakan rundingan bagi mendapatkan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dari Pahang.
Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam bagaimanapun, mengesahkan Setiausaha Agung FAS Dr Johan Kamal Hamidon ada menghubunginya bagi mendapatkan kepastian berhubung status pemain kelahiran Gambia itu yang mengambil keputusan meninggalkan Pahang selepas dikatakan tidak menerima gaji daripada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).
"Benar Dr Johan ada menghubungi saya tetapi beliau sekadar bertanyakan status Sumareh dengan Pahang.
"Saya memberi keterangan kepadanya berdasarkan status kes, yang mengikut pemahaman ketika itu, Sumareh sudah membatalkan kontraknya secara sebelah pihak dengan Pahang FA menggunakan klausa tertentu terkandung dalam kontraknya," katanya.
Mengulas lanjut, Stuart menegaskan FAM tidak mempunyai kuasa untuk melibatkan diri dalam rundingan dengan Sumareh yang masih mempunyai kontrak dengan PBNP.
Pada Isnin, media tempatan melaporkan bahawa Dr Johan mendakwa FAS telah diberi 'lampu hijau' oleh FAM untuk memulakan rundingan bersama Sumareh.
Dr Johan mendedahkan FAS tidak melanggar peraturan apabila cuba mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gambia itu.
Baru-baru ini, pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan kontrak perjanjian yang ditawarkan oleh FAS kepada Sumareh untuk menyertai skuad Gergasi Merah bagi musim depan dengan gaji lumayan.
Sumareh sah melengkapkan perpindahan mengejut ke kelab Liga Thailand, Police Tero FC pada 7 Sept lepas, setelah dilaporkan tidak menjalani sesi latihan bersama skuad Tok Gajah selama sebulan, sejak awal Ogos.
Pemain berkenaan yang mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022, dilaporkan turut tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super melibatkan Pahang sebaik saingan Liga Malaysia bersambung pada 26 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#FAS
#Gambia
#JDT
#latihan
#Mohamadou Sumareh
#Pahang
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Sumareh
#Thailand
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan