Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menunggu laporan rasmi daripada komisioner perlawanan mengenai insiden kekecohan pada aksi suku akhir kedua Piala FA antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri di Kuching, Selasa lepas.
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang kecewa dengan insiden berkenaan berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu akan melakukan siasatan rapi sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap pihak yang terlibat.
"Kita akan menunggu laporan rasmi serta bukti yang diserahkan kepada kita sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang untuk menentukan hukuman yang bakal dikenakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi perlawanan persahabatan pra-musim antara kelab Sepanyol, FC Barcelona menentang Pilihan Malaysia XI di sini Khamis.
Pada perlawanan itu, penyokong Sarawak dilaporkan membaling objek dan botol air ke dalam padang selain menimbulkan kekecohan kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pengadil, Nagor Amir Noor Mohamed yang dikatakan menyebelahi Kelantan.
Kelantan menewaskan Sarawak pada perlawanan itu untuk mara ke separuh akhir Piala FA dengan keputusan agregat 4-1.
Azzuddin berkata Jawatankuasa Pengadilan FAM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengadil jika wujud laporan serta bukti kukuh mengenai kelemahan mutu pengadilan dalam sesebuah perlawanan.
"Kita sentiasa menilai prestasi pengadil malahan kita pernah mengambil tindakan tegas ke atas beberapa pengadil yang cuai menjalankan tugas mereka," katanya sambil menegaskan FAM bersikap terbuka dalam menerima sebarang laporan melibatkan mutu pengadilan.
Beliau turut menasihatkan penyokong bola sepak tempatan supaya tidak terlalu mengikut emosi dengan menimbulkan kekecohan dalam sesebuah perlawanan kerana persatuan bola sepak negeri atau kelab bakal menanggung padah.
Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pernah didenda RM29,500 oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana gagal menyediakan kawalan keselamatan efektif pada aksi Liga Super menentang Lions XII FC di laman sendiri, 17 Mac tahun lepas.
Mereka turut didenda RM46,000 selain perlu bermain empat perlawanan tanpa kehadiran penyokong kerana faktor sama pada aksi Liga Super menentang Kelantan di laman sendiri pada 28 April tahun lepas.
Bernama
Thu Apr 18 2013
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
Malaysia bakal diwakili pasukan baharu dalam Liga Super ASEAN
Liga Super Asean (ASL) masih belum dapat dipastikan akan bermula 2017 walaupun gerak kerja penganjuran telah memasuki 60 peratus, kata Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN.
"Azzuddin masih bersikap seperti jeneral tentera dalam FAM" - Annuar
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA), Tan Sri Annuar Musa membidas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad kerana bersikap seperti seorang 'jeneral tentera'.
Saya tidak akan tunduk kepada tekanan - Azzuddin
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjawab spekulasi pihak tertentu yang mendesaknya untuk meletak jawatan.
FAM tunggu laporan rasmi perlawanan antara Sarawak dan Kelantan
FAM akan menunggu laporan rasmi daripada komisioner perlawanan mengenai insiden kekecohan pada aksi suku akhir kedua Piala FA antara Sarawak menentang Kelantan.
Tiada konspirasi dalaman untuk singkir Rajagobal - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak andaian wujudnya konspirasi dalaman untuk menyingkirkan ketua jurulatih skuad kebangaan Datuk K. Rajagobal seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
FAM tidak berkompromi mengharamkan Ramez Dayoub
Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM tidak akan berkompromi untuk mengharamkan pembabitan Ramez Dayoub dalam kancah Liga Malaysia.
Nazmi hanya boleh bermain untuk PKNS April ini
FAM menolak rayuan PKNS untuk Nazmi Faiz Mansor beraksi dalam perlawanan Liga Super seawal 16 Feb ini.