awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM tunggu surat rasmi FIFA sebelum ambil tindakan lanjut - Afandi

Bernama
Bernama
05/10/2015
14:01 MYT
FAM tunggu surat rasmi FIFA sebelum ambil tindakan lanjut - Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah menjawab pertanyaan media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM pada 11 September lalu. - Gambar Bernama
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menunggu surat rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum membuat keputusan selanjutnya berhubung hukuman dikenakan terhadap persatuan itu.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata FAM hanya mengetahui mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA itu melalui laman web rasmi badan induk bola sepak dunia itu, berikutan kekacauan dilakukan penyokong tempatan ketika Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia menentang Arab Saudi, 8 September lepas.
"Kita pun mendapat tahu keputusan itu daripada laman web FIFA ... kita akan mendapatkan butiran dan menelitinya sebelum membuat keputusan sama ada merayu atau sebaliknya," kata beliau ketika dihubungi Bernama.
FIFA hari ini mengenakan denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan satu perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi, berikutan kekecohan serius oleh penyokong pada perlawanan berkenaan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
Perlawanan yang turut menjadi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, berdepan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan pada minit ke-88 oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man.
Segelintir penyokong yang dipercayai 'Ultras Malaya' bertindak liar dengan membakar suar dan membaling mercun roket ke dalam padang sehingga membahayakan pemain dan juga penyokong lain, ketika Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.
Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November ini, di dalam stadium tanpa penonton.
Ketika diminta mengulas mengenai denda itu, Afandi berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan mengenai hukuman yang dikenakan kepada persatuan itu.
Topic Berkaitan
#Afandi Hamzah
#Arab Saudi
#FAM
#Malaysia
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan