SPORTS

FAM umum senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress ke Sukan SEA 2023

Bernama 29/04/2023 | 13:28 MYT
FAM mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 20 pemain skuad Malayan Tigress yang akan berlepas ke Phnom Penh, Kemboja Isnin ini, untuk aksi di Sukan SEA yang akan berlangsung bermula Mei ini.

FAM menerusi laman web rasmi fam.org.my berkongsi senarai akhir 20 pemain Malayan Tigress antaranya tiga kapten pasukan iaitu Steffi Sarge Kaur (pertahanan), Nur Lyana Soberi dan Farahiyah Muhamad Ridzuan (tengah).

Nur Ezza Ashikin Abdul Razak (penjaga gol) serta Intan Sarah Anisah Zulgafli dan Henrietta Justine pula diberi tanggungjawab untuk mengemudi jentera serangan.

Skuad di bawah kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan turun pada aksi pertama Kumpulan A menentang Vietnam pada Rabu (3 Mei), Filipina pada Sabtu (6 Mei) dan Myanmar pada Selasa (9 Mei) di Stadium Army, Phnom Penh, Kemboja.

Sekiranya skuad bola sepak wanita kebangsaan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 12 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga atau empat yang akan berlangsung pada 15 Mei.

Malaysia pada edisi di Hanoi, Vietnam tidak menghantar wakil untuk beraksi pada acara itu.

Berikut 20 nama pemain Malayan Tigress yang akan beraksi pada Sukan SEA.


Senarai akhir 20 pemain bola sepak wanita. - Foto FAM














































































































Bil


Pemain


Pasukan


1


Nur Ezza Ashikin Abdul Razak


UPNM


2


Henrietta Justine


UPNM


3


Eva Olivianie Antinus


UPNM


4


Siti Nurfaizah Saidin


UPNM


5


Farah Syakira Mohd Saad


Kelana United


6


Nurul Nadia Roslan


Kelana United


7


Intan Sarah Anisah Zulgafli


Kelana United


8


Nur Amirah Abdul Rahman


Kelana United


9


Nurfazira Muhamad Sani


UiTM FC


10


Siti Nurkhaleeda Ismail


UiTM FC


11


Nur Syafiqah Zainal Abidin


UiTM FC


12


Putri Arissa Balqis Ab Lah


UiTM FC


13


Thivashini Sivakumar


Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)


14


Nur Najwa Irdina Zaidi


Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)


15


Nur Lyana Soberi


MBSJ


16


Steffi Sarge Kaur


MBSJ


17


Jaciah Jumilis


Spicegals


18


Kanchenjeet Kaur Nanua


SSS Leopard


19


Lauren Hoh Ruyi


Sekolah Antarabangsa British English, Thailand


20


Farahiyah Muhamad Ridzuan


PJ Kita



-- BERNAMA
#Malayan Tigress #senarai akhir 20 pemain #FAM #Sukan SEA