awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tular 'Yeye': Panglima Tentera Darat sah 15 pegawai dikesan terlibat
Peletakan jawatan Dr Akmal tak jejas akar umbi UMNO - Asyraf Wajdi
Agong terima menghadap Anwar, dipersembah taklimat isu semasa negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM, VFF meterai MoU pembangunan pengadil, bola sepak belia

Bernama
Bernama
26/12/2022
11:39 MYT
FAM, VFF meterai MoU pembangunan pengadil, bola sepak belia
Menerusi MoU itu, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing. - Facebook FAM
HANOI: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala.
MoU selama tiga tahun yang memberikan tumpuan terhadap pembangunan pengadil serta bola sepak belia itu, ditandatangani Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman dan Setiausaha Agung VFF Duong Nghiep Khoi di Ibu Pejabat VFF di sini.
Berdasarkan MoU itu, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing melalui sesi mesyuarat dan kursus latihan yang bakal dianjurkan.
Kedua-dua entiti juga akan menghantar pasukan kebangsaan belia masing-masing, untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan bersama.
Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu ialah dua Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram serta Exco FAM Md Dali Wahid. Hadir sama, dua Naib Presiden VFF Tran Anh Tu dan Nguyen Xuan Vu serta Exco VFF Nguyen Qouc Hoi.
"Kerjasama ini bukan sahaja mampu mengukuhkan lagi struktur bola sepak kedua negara, tetapi apa yang paling utama dapat memberi manfaat kepada pembangunan pengadil negara kita.
"Kami di FAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada VFF yang memberi sokongan dalam pembangunan pengadil dan belia Malaysia," kata Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#vff
#Vietnam
#pertukaran pengadil
#kursus latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan