awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat

Nailah Huda
Nailah Huda
12/03/2022
09:45 MYT
Farah Ann ucap selamat tinggal pada gelanggang gimnastik, harap dapat curah khidmat
Sebelum ini, persoalan mengenai persaraan Farah Ann tercetus selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil. - Bernama
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai masa depan ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi akhirnya terjawab selepas atlet itu mengumumkan persaraannya daripada dunia gimnastik selepas 25 tahun menceburi sukan tersebut.
Persaraan atlet berusia 27 tahun itu diumumkan pada Sabtu menerusi Instagram.
“Selepas 25 tahun dalam sukan ini, akhirnya saya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada karier sebagai gimnas yang bertanding.
“Sepanjang perjalanan ini dalam mencapai impian dan matlamat saya serta bertanding dalam temasya Olimpik, saya amat bersyukur dapat bersara mengikut terma-terma saya,” ujarnya.
Tambah Farah Ann, meskipun bersara sebagai seorang atlet, dia masih akan terlibat dalam dunia sukan.
"Gimnastik sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya kerana ia akan kekal sebagai minat saya. Diharapkan, saya boleh menyumbang kepada sukan ini yang telah banyak membantu saya," katanya.
View this post on Instagram
A post shared by Farah Ann OLY (@farahann94)
Bintang gimnas itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebab-sebab di sebalik keputusannya untuk bersara.
Sebelum ini, persoalan mengenai persaraannya tercetus selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.
Menurut laporan Astro Arena pada awal Mac lalu, jurulatihnya, Ng Shu Wai mengesahkan bahawa Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak pertengahan Februari.
"Farah Ann baru-baru ini memaklumkan kepada kami bahawa dia memilih untuk berhenti dan setakat ini, kami rasa kami perlu menerima keputusan itu.
"Kerana dia sudah banyak kali berbincang dengan kami dan kami juga sudah menerima keputusannya sejak dua minggu lalu," kata Shu Wai kepada Astro Arena.
Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) Afrita Ariany Nasril turut dilaporkan berkata bahawa Farah Ann mungkin mempertimbangkan untuk bersara kerana faktor usia atau kecederaan.
Topic Berkaitan
#Farah Ann
#gimnas
#bersara
#gimnastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan